Saturday 18 February 2012

AKU UNTUKMU BAB 13

kepada pembaca yang telah meninggalkan komen, terima kasih cik tulip ucapkan.memang setiap komen itu memberi impak yang besar ke atas kesungguhan cik tulip,hehe. tanpa komen,kita tidak tahu sejauh mana kita melangkah.sekarang bolehlah baca sambungan novel bersiri ni... :D


BAB 13



Izhar dan Rayyan sama-sama menikmati makan tengahari. Selesai tugas sebelum pukul satu tengahari tadi Izhar mengajak Rayyan keluar ke destinasi biasa. Restoren kegemarannya The Chicken Rice Shop. Memang sejak dulu lagi dia suka berkunjung ke situ. Rayyan pun sudah terbiasa dengan rutin Izhar yang satu itu. Dia lebih suka menemani Izhar kerana sejak mula menjejakkan kaki ke DH Holding, Izhar merupakan teman pertamanya. Sejak perkenalan pertama, mereka serasi bersama, disebabkan itu juga mereka telah menjadi teman baik sehingga ke hari ini.

Rayyan juga merupakan pendengar yang setia. Setiap masalah Izhar akan dikongsi bersama Rayyan, malah Rayyan jugalah yang sentiasa menyokongnya dari belakang. Walaupun berlainan bangsa, Rayyan tidak kekok bersama-sama Izhar. Mungkin juga kerana Rayyan telahpun memeluk islam sebelum perkenalan mereka. Namun sejak kebelakangan ini Rayyan sering berselisih pendapat dengan Izhar. Keadaan itu rentetan peristiwa perkahwinan Izhar dengan Ardini. Rayyan tidak bersetuju dengan cara Izhar melayani Ardini, namun kata-kata Rayyan lebih berupa nasihat untuk sahabat baiknya itu.

so, wife U sihat?” Rayyan memulakan bicara. Sekadar pertanyaan ikhlas kepada Izhar.

“Ermm..” Izhar menjawab sepatah. Tidak berminat bercakap panjang tentang Ardini.

“Dia tu ingatkan I pada seseorang la.”Rayyan menyambung bicara. Dia termenung jauh, mengimbas kembali kenangan lama.

“sape?” Izhar menyoal ringkas, tidak dapat menangkap kata-kata Rayyan. Dia sendiri tidak berminat bila soal Ardini dibangkitkan Rayyan.

“Ainul Rhadiah”. Rayyan menjawab sepatah. Matanya masih termenung jauh.

“Apa pulak kaitan Ainul dengan Ardini.” Izhar sambung bertanya. Kali ini giliran dia termenung jauh.

“Cara Ardini mirip Ainul.” Rayyan menerang. Dia cuba mengimbau kembali kenangan lama yang terkubur.

I tak nampak kaitan pun.” Izhar menyambung, sungguh dia tidak dapat melihat perkaitan antara kedua-duanya.

“Banyak kaitannya, cara Ardini dress up, talks, so much like Ainul.” Sambung Rayyan.

“Kan Ainul pakai tudung labuh.” Tukas Izhar.

“Maksud I, diaorang jenis yang tutup aurat, kan lebih manis macam tu.” Rayyan menyambung.

“tapi masih jugak berbeza dalam banyak hal, Ainul putih melepak, mata galak, lemah lembut.” Tukas Izhar lagi.

“Ardini pun lemah lembut juga, lebih mirip Ainul walaupun kulit hitam manis, bermata redup, hidung mancung, bibir nipis, lembut masa bercakap dan prihatin.” Tambah Rayyan, dia merenung jauh membayangkan ciri-ciri Ardini.

U ni dah jatuh cinta kat bini I ke.” Seloroh Izhar, sekadar mengendurkan bicara serius antara mereka.

“kalau I jatuh cinta pun apa salahnya, U bukan cinta kat dia pun…” Rayyan menjawab senada. Ada diselitkan nasihat dalam kata-katanya. Berharap Izhar berfikir akan kata-katanya itu.

Izhar kembali bermenung jauh, dia terkesan dengan kata-kata Rayyan tadi. Kali ini dia termenung agak lama, cuba mencerna makna disebalik kata-kata Rayyan. Mungkin benar Rayyan ada menyimpan hati terhadap Ardini. Hatinya dipanah rasa cemburu, kalau benar sahabatnya itu menyimpan hati pada Ardini tentu dia turut terasa kesannya. Ardini isterinya, walaupun benci ada terselit rasa aneh tatkala Rayyan memuji-muji kecantikan dan kelebihan Ardini.

Bila jauh dia tersasar dalam rasa cemburu itu cepat-cepat disingkir rasa itu dari hati. Bimbang rasa benci yang ditanam selama ini semakin mencair dan terus lebur.

Sedang asyik Izhar dan Rayyan menikmati makan tengahari, mata Izhar terpaku pada gelagat dua orang yang baru melintas dihadapan mereka. Izhar amat mengenali salah seorang dari mereka. Izhar pantas membuat isyarat mata kepada Rayyan supaya berpaling ke arah dua orang tadi. Rayyan pantas berpaling mengikut isyarat kening Izhar.

“Itu bukan Delia?” Rayyan menyoal pelik. Matanya dilirik semula kepada Izhar, ingin mendapatkan kepastian.

Girl tu memang Delia, soalnya lelaki tu sape?” Izhar menjawab pertanyaan Rayyan, pelik apabila melihat gaya manja Delia bersama seorang lelaki berbangsa cina.

“Tak kan abang dia, macam lain gen je?” Rayyan bertanya lagi dalam nada berseloroh.

“setahu I dia anak tunggal.” Izhar menjawab senada. Dia kenal Delia bukan sehari. Semua tentang Delia dalam poketnya. Mustahil lelaki yang dilihat itu abang  Delia.

Hati Izhar panas melihat kemesraan Delia dengan lelaki lain. Kata-kata seloroh Rayyan dibiarkan sepi. Baru dua minggu lepas dia menerima panggilan wanita itu yang merayu-rayu padanya. Hari ini dilihatnya Delia keluar dengan lelaki lain. Gaya manja Delia membuatkan Izhar curiga bahawa lelaki itu ada pertalian darah dengan Delia, tambahan pula memang jelas lelaki itu berbangsa cina. Sama seperti Rayyan.

Izhar mendengus marah, selama ini dia melayan Delia dengan baik. Tidak disangka Delia tegar bersama lelaki lain dibelakangnya. Selera Izhar mati, sudu dan garfu dihempas kasar, berdenting apabila berlaga dengan pinggan kaca berwarna putih. Ada beberapa mata mengerling curiga kepadanya. Rayyan yang sedari tadi leka menyuap makanan terus memberhentikan suapan. Matanya di arah kepada Izhar.

“Kenapa?” Soal Rayyan tidak puas hati dengan tingkah laku Izhar. Setahu dia Izhar pun bukan serius dengan Delia lagipun Izhar telahpun mengahwini Ardini, sepatutnya lelaki itu sudah boleh melepaskan Delia.

“Aku panas ni!” Izhar menjawab kasar. Amarahnya meluap-luap melihatkan kecurangan Delia di depan matanya.

U pergi la tanya dia elok-elok.” Rayyan bersuara mengendur. Dia kenal amarah Izhar. Kerana itu juga dia lebih mengendur dalam memberi cadangan.

“Nak tanya apa lagi!, dah jelas dan nyata dia keluar dengan jantan lain!.”Izhar gagal mengawal kemarahan.

“Ini la masalahnya U ni, takde usul periksa terus nak buat tuduhan, kan elok tanya dulu.” Rayyan bersuara mengendur, garfu dan sudu ditangan diletak perlahan ke  dalam pinggan.

Izhar tidak menjawab kata-kata Rayyan, dia bingkas bangun meninggalkan meja. Sementara Rayyan hanya menggeleng-geleng kepala. Dia bingkas menuju kaunter dan membuat bayaran harga makanan, kemudian berlari-lari anak menyaingi langkah laju Izhar.

Sejurus masuk ke dalam kereta, Izhar menghempas kuat pintu kereta. Marahnya masih berbahang teringatkan peristiwa tadi. Adegan manja antara Delia dan lelaki cina tadi diulang tayang  diminda. Dia merengus kasar, stereng kereta dihempas kuat. Rayyan hanya menghela nafas lemah. Dia faham dengan panas baran Izhar. Memang Izhar pantang bila kekasihnya curang. Rayyan hanya mampu membiarkan Izhar berkeadaan begitu untuk seketika.

Sudah menghantar Rayyan pulang semula ke pejabat, Izhar memandu kereta meninggalkan DH Holding. Dia tidak berniat meneruskan kerja-kerja yang tertangguh di pejabat dengan hati yang masih panas membahang. Izhar memandu tanpa arah tujuan. Radio kereta dipasang kuat bagi menghilangkan panas hati. Mindanya masih mengulang tayang kemesraan Delia bersama lelaki lain. Marah terasa membuak-buak di dada, hanya menunggu masa untuk dilampiaskan.

‘perempuan semua sama!’bentak Izhar dalam hati

Izhar terus memandu sehingga keletihan. Rasa geram dan marah dalam hati masih belum mampu disingkir. Masih berbuku keras, namun dia tidak tahu ke mana harus ditujukan marahnya. Lantas hatinya mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Mungkin di rumah dia akan temui ketenangan.





Ardini menyelongkar laci almarinya untuk kali kedua, habis semua pakaian dalamnya dikeluarkan. Dia mengira jumlah branya sekali lagi. Masih ada satu lagi yang tidak dijumpai. Sudah puas dia menggeledah laci termasuklah yang di bahagian atas tapi masih belum berjumpa dengan apa yang dicari.

‘Hish, mana pulak lagi satu ni, tak kan dekat ampaian’ Ardini berkata sendiri.

Dia bingkas bangun menuju ke anak-anak tangga. Dia berlari kecil menuruni anak-anak tangga terus menuju ke halaman rumah, kepala dijengah ke arah ampaian bila pintu hadapan dikuak. Kosong. Semua jemuran telah dibawa naik. Memang seingat dia,  pakaian dalamnya tidak pernah disidai di luar. Dia selalu mengeringkan sahaja dan disidai dalam bilik. Cuma apabila melipat baju dia akan melambakkan kesemua bajunya sekali, termasuk baju-baju Izhar.

‘Entah-entah…”Ardini terfikir sendiri dalam hati.

‘janganlah dalam bilik dia.’ Ardini mengetap bibir, terasa degup jantungnya laju memikirkan kemungkinan harta peribadi miliknya berada di dalam bilik Izhar.

Ardini menjadi serba salah. Dikerling jam dalam biliknya. Jam menunjukkan sudah pukul 5.00 petang. Lagi satu jam Izhar akan sampai di rumah. Makanan malam telah disediakan tadi, malam nanti akan dipanaskan semula sahaja. Sejurus menyimpan pakaian yang dilipat semalam barulah Ardini menyedari kehilangan branya.

Ardini mencongak-congak masa yang ada sebelum Izhar pulang. Masih ada lagi satu jam kalau dia hendak memeriksa di dalam bilik Izhar. Jantung Ardini bertambah berdebar, terasa kuat menendang dada. Walauapapun dia nekad untuk melangkah ke bilik Izhar. Dalam debar Ardini cepat-cepat mengatur langkah. Detak jantung terasa bersama-sama menyaingi langkah lajunya.

Sejurus pintu bilik dikuak dari luar, Ardini melangkah teragak-agak. Dia mengatur langkah menuju ke almari baju Izhar. Perlahan-lahan pintu almari dibuka, debaran di dada terasa bertambah dua kali ganda seolah-olah Izhar turut berada dalam bilik itu.

Ardini membongkok badan, matanya mengarah kepada beberapa susunan baju yang kemas tersusun mengikut kategori. Ardini melihat satu persatu tindanan baju-baju Izhar. Dibelek-belek sehelai demi sehelai semasa memeriksa. Pada satu celah Ardini terlihat sesuatu yang amat dikenali. Tepat jangkaannya yang bra itu memang terlekat diantara himpunan baju-baju Izhar. Ardini menarik perlahan harta miliknya, bimbang akan menyelerakkan susunan t-shirt Izhar yang tersusun rapi. Bimbang juga Izhar akan menyedari perbuatannya menceroboh masuk ke bilik lelaki itu.

Ardini kembali tegak, puas hati apabila menemui semula barangnya. Kalau ditemui Izhar pasti akan mengundang malu dan yang paling ditakuti ialah lelaki itu mungkin akan marah. Ardini ingin cepat-cepat melangkah keluar, bimbang Izhar tahu dia telah memecah masuk bilik lelaki itu tanpa kebenaran.

Ardini memusing badan, betul-betul menghadap ke pintu keluar yang dibuka luas. Namun langkah Ardini mati bila terlihat sesusuk tubuh Izhar telahpun berdiri tegak dihadapan pintu. Wajah Izhar membengis, mencerlung tajam matanya ke arah Ardini. Ardini hanya menunduk memandang lantai, tidak berani menatap wajah bengis Izhar. Dia hanya berdiri statik seolah-olah kakinya dipaku dilantai dan tidak boleh digerakkan.

Ardini terasa mukanya kering dengan darah, perutnya kecut apabila menyedari pandangan mata Izhar. Dia tidak tahu apa alasan yang harus diberikan kepada Izhar. Tangannya memegang kejap bra dan dibawa lari ke belakang badan, menyembunyikan dari pandangan Izhar. Mulutnya terkunci untuk menyatakan kebenaran, mungkin takut tatkala Izhar membengiskan wajah.

Izhar masih berdiri, matanya mencerlung tajam kepada Ardini, peristiwa tengahari tadi masih membahang. Harapannya bila pulang ke rumah dia akan lebih tenang tetapi apabila menyedari Ardini menceroboh masuk ke biliknya, hatinya panas semula.

Rules number 3, my room is restricted area.” Izhar bersuara keras, mengingatkan semula Ardini kepada peraturan yang pernah digariskan dahulu.

“U have over stepped the border” Izhar menyambung dengan muka yang merah menyala.

Ardini hanya membatukan diri, dia sedar akan kekhilafannya melanggar peraturan yang pernah digariskan oleh Izhar dulu. Mulutnya terkunci, tidak berani menjawab mahupun meningkah kata-kata Izhar.

Izhar yang semakin panas menyaksikan kebisuan Ardini merenung tajam wajah Ardini. Sikap berdiam diri Ardini benar-benar mencabarnya selajur meruntuhkan tembok kesabarannya.

Izhar menapak ke hadapan perlahan-lahan. Briefcasenya dicampak kasar ke atas katil. Tali leher yang tersemat kemas dilonggar dengan jari-jemari. Izhar membuka butang pada pergelangan baju kemeja dan disinsing separas lengan. Sedangkan Ardini masih belum bergerak, wajahnya tertunduk lama ke lantai. Dia kecut perut melihat wajah bengis Izhar.

Kini Izhar berdiri betul-betul dihadapan Ardini, namun wajah Ardini terlindung disebalik tudung yang tersarung di kepala. Lama Izhar berkeadaan begitu, merenung wajah tunduk Ardini yang hanya separas bahunya. Lantas pinggang Ardini dirangkul kasar. Izhar menarik tubuh Ardini sehingga bersatu dengan tubuhnya.

Ardini yang terkejut dengan tindakan Izhar meronta-ronta, cuba merungkai rangkulan Izhar yang kemas dan kejap. Namun tangan Izhar yang sasa memperkemas rangkulan. Ardini terus mencuba walaupun kudratnya tidak standing dengan Izhar.

“Lepas!” Ardini menjerit kasar. Bra ditangannya terlepas. Kedua-dua tangan cuba merungkai rangkulan kemas Izhar sedangkan Izhar hanya membiarkan Ardini meronta-ronta. Dia benar-benar marah saat itu.

“Lepaskan saya!” Ardini bersuara lagi, kali ini diselang seli dengan linangan air mata. Dia takut berhadapan dengan Izhar yang berlainan dari biasa.

Izhar tidak mengendahkan jeritan Ardini malah dia semakin tidak dapat mengawal diri. Bibir Ardini cuba dikucup kasar. Ardini yang takut melarikan wajah melihat kegilaan Izhar. Ardini masih meronta, namun semakin kuat rontaannya, Izhar semakin menggila, Ardini kehabisan tenaga, lantas tangan kanannya diangkat tinggi separas pipi Izhar.

‘Pang!’ Satu tamparan hinggap di pipi Izhar menyebabkan lelaki itu terkesima.

Izhar yang seakan-akan baru tersedar dari rasukan, meleraikan rangkulan perlahan-lahan. Dia berundur menjauhi tubuh Ardini, kepalanya tertunduk, fikirannya terbejat untuk seketika.

Ardini yang seperti baru terlepas dari mulut buaya terus berlari keluar. Pintu biliknya dihempas kuat dan kasar. Ardini terduduk di lantai, mukanya disembam di birai katil. Air matanya dihambur semahu-mahunya. Hatinya sakit apabila Izhar menghinanya sedemikian. Terasa maruahnya begitu murah dimata lelaki itu. Izhar memang tidak menghormatinya kerana sanggup memijak-mijak kehormatannya sedemikian. Ardini membiarkan air matanya mengalir laju. Dia terlalu marah dan kecewa dengan tindakan Izhar.

Sementara Izhar masih terpaku berdiri, dia mengusap-ngusap rambut. Kejadian yang baru berlaku cuba dicerna kembali. Fikirannya masih terhenti, tidak mampu berfikir dengan sempurna. Dia sendiri tidak pasti apa yang merasuknya sehingga dia bertindak sedemikian terhadap Ardini. Peristiwa tadi kembali terlayar diminda. Ada rasa kesal bertamu dihati Izhar. Ardini tidak pernah menyakiti hatinya. Bra Ardini dikutip dan direnung lama. Tentu Ardini masuk ke dalam biliknya mencari barang peribadinya itu. Izhar membungkam. Terasa berdosa memperlakukan maruah Ardini seperti tidak bernilai .

Ardini mandi dan berwuduk dengan air mata yang masih bersisa. Diakhir solatnya, dipanjatkan doa semoga hatinya ditabahkan dalam menghadapi dugaan yang mendatang. Dalam munajat air matanya mengalir laju. Dia pasrah dengan takdirnya dan dia percaya perancangan Allah adalah yang terbaik untuk dirinya.

Usai bersolat Ardini turun, walaupun hatinya masih bengkak dengan perlakuan Izhar, dia tetap menjalankan tanggung jawabnya terhadap lelaki itu. Kelibat Izhar tidak kelihatan. Ardini  memanaskan lauk pauk, makanan dihidangkan di meja makan. Selesai menyediakan makan malam Izhar, Ardini berlalu menuju ke bilik. Dia tidak mahu bertembung dengan Izhar selepas kejadian lewat petang tadi.

Ardini melangkah laju meniti anak-anak tangga. Tiba di anak tangga terakhir dia bertembung dengan Izhar. Ardini melangkah cepat menuju ke biliknya namun langkahnya terhenti apabila tangan Izhar menangkap lembut pergelangan tangannya.

“Maafkan I” Izhar bersuara lemah, nafasnya dihela berat. Dia perasan ada air di tubir mata Ardini.

Ardini merentap kasar tangannya, perasaan marah, kecewa dan sedih dengan peristiwa tadi masih bersisa. Tidak mungkin secepat itu dia boleh memaafkan tindakan Izhar terhadapnya. Air matanya mengalir lagi.  Hatinya sayu mengenangkan cara layanan Izhar terhadapnya. Walaupun dia bersalah sekalipun, Izhar tidak layak melayannya sedemikian.

“Saya tahu saya kotor, mungkin tak layak untuk awak tapi itu bukan alasan untuk awak pijak kehormatan saya, main-mainkan maruah saya. Mungkin awak seronok buat saya rasa murah dan tak bernilai. Kalaupun saya bersalah pada awak, awak tak layak layan saya macam sampah. Saya juga ada hati, ada perasaan. Kalau awak dah tak suka, jangan simpan saya. Awak boleh buang saya. Hak ditangan awak.” Ardini bersuara dalam linangan air mata, dia berlalu sejurus meluahkan rasa hatinya. Dia tidak betah lagi bila Izhar memperlekehkan maruahnya.

Izhar terpana dengan kata-kata Ardini. Selama ini Ardini hanya mendiamkan diri dengan perlakuan dan kerenahnya. Izhar berasa kesal dan bersalah terhadap perlakuannya terhadap Ardini tadi. Rasa menyesal menguliti hatinya. Kadangkala dia sendiri tidak tahu mengapa dia melayan Ardini begitu sedangkan Ardini tidak pernah melayannya dengan buruk sepanjang mereka tinggal sebumbung. Ardini lebih banyak menuruti katanya daripada melawan.

Izhar terperangkap dengan rasa kesal yang bersarang di hatinya. Dia tidak dapat berfikir dengan tenang apabila kata-kata Ardini tadi kembali menerjah telinga. Izhar meluru ke tingkat bawah, kunci kereta dicapai dan langkahnya di atur menuju ke kereta. Seleranya mati, hidangan di meja makan dibiarkan sepi. Malam itu dia harus pergi, rasa kesal terhadap perlakuan tadi menyebabkan dia tidak betah duduk di rumah. Terbayang dosanya terhadap Ardini sebentar tadi. Terasa sangat sesak dan menghimpit dada.

Air mata Ardini mengalir lagi. Setelah lama tidak berendam air mata, dia tewas sekali lagi kerana seorang lelaki. Ardini tidak tahu mengapa takdir hidupnya begitu menyayat hati namun dia  pasrah, tidak mahu menyalahi takdir. Namun sebagai insan yang lemah, rasa sedih dan kecewa tetap bertamu dihati. Hatinya terasa pilu dan pedih. Dia cuma mendambakan bahagia.





Izhar membuang pandang ke arah susunan lampu jalan yang begemerlapan. Rasa kesalnya masih belum mampu dibuang dari hati. Peristiwa lewat petang tadi terlayar kembali di mindanya. Terasa kesal kerana rasa marah terhadap Delia dilampiaskan kepada Ardini. Izhar melurut kasar hujung rambut. Terasa kepalanya kusut memikirkan peristiwa tadi. Kalaulah dia mampu mengawal rasa marah tentu perkara sebegitu tidak akan berlaku.

Izhar menyalahkan diri sendiri kerana tegar memperlakukan Ardini seperti patung tidak bernyawa. Sungguh dia kesal namun kekesalan itu tidak  akan mengubah hakikat bahawa Ardini kini memarahi dirinya. Kalau dulu dia tidak kisah akan perasaan Ardini tapi rentetan perbuatannya tadi dia jatuh kasih pada gadis itu. Memang benar sepanjang mereka tinggal sebumbung Ardini tidak pernah menyakiti hatinya. Segala keperluannya diambil berat oleh Ardini cuma dia sendiri tidak pernah ambil pusing hal-hal Ardini. Dibiarkan Ardini menguruskan kehidupannya sendiri walhal dia sendiri tahu Ardini kini hidup sebatang kara.

Izhar mengeluh berat, sejak akhir-akhir ini perasaannya terhadap Ardini telah berubah. Rasa benci yang bersarang dihatinya kian menghilang. Dia sendiri tidak pasti kenapa. Tapi apabila melihat wajah Ardini dia rasa tenang. Bila dapat mengenakan Ardini dia rasa seronok. Keseronokan yang berbeza tatkala melihat Ardini gelabah dan takut.

Izhar termenung lama sehingga jarum jam menunjukkan pukul dua pagi. Matanya  tidak terasa mengantuk penangan peristiwa petang tadi. Dengan rasa kesal yang masih tersisa, Izhar menghidupkan enjin kereta, memandu laju meninggalkan perkarangan Dataran Merdeka yang masih lagi diterangi lampu-lampu jalan yang terang benderang.




Agak-agaknya ada tak ruang dihati Ardini untuk memaafkan Izhar....

8 comments:

  1. mestilh ada, nasib cium jer, dbuatnya lebih nanti, mesti adini lgi benci dkt dia. sya rsa ardini tu trkejut jer tadi tu, sya xrsa yg ego dia tinggi mcm suami dier, kalo suami dier berubah, mesti dia maafkn. lgpun sya yakin, ardini jenis patuh n taat dkt suami dier, suami dia pn satu hal, kalo minta elok2 minta ardini kasi...

    ReplyDelete
  2. salam dik..ego izhar terlalu tinggi..apatah lagi dengan panas barannya yg susah untuk dikawal..menyukarkan dirinya bila sesuatu itu berlaku tanpa diduga dan dia tidak boleh berfikir secara rasional. Apakah Ardini akan merelakan dirinya diperkotak katikan oleh izhar walaupun itu adalah suaminya yg patut dan mesti dia patuhi..adakah mamat poyo tu akan meminta maaf daripada Ardini dan meminta Ardini memulakan kehidupan yg baru dengan dirinya atau melakarkan strategi untuk mendapatkan kembali kepercayaan Ardini dengan tinggal sebilik dengan Ardini menggunakan kuasa vetonya sebagai seorg suami dan menuntut haknya sebagai seorg suami...alahai dik..terujanya nak tahu..apa terjadi selepas peristiwa itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa agaknya yg Izhar buat nak raih kembali maaf dari Ardini...

      Delete
  3. ad kot kemaafan..huhu..
    Izhar ego kemain...

    ReplyDelete
  4. banyak lagi chapter ni,harap-harap Izhar dimaafkan,tapi tak tahu jugak kan, Ardini pun nampak macam tegas je...kita tunggu dan baca...hehe

    ReplyDelete
  5. izhar tu semacam aje la ... seriau ai ..

    Best! best ! >___<

    ReplyDelete
  6. alaaaaaahaiiiiii..................haruskah.................

    ReplyDelete